Zan X-ray

JANGAN PERNAH PERCAYA PADA AKU ...keh keh

My Photo
zan-xray
Thai_Pink (Taiping ler tu), Perak, Malaysia
View my complete profile

::Tekah, Taiping::

Thursday, November 12, 2009 · 12 comments

Mencuba gambar secara menegak pulak.
Tekah, Taiping































perghhh gila beso gambar ni eD

TRY TEST TENGOK

Wednesday, November 11, 2009 · 10 comments

Terima kasih kepada [Ed ~Shahir & Kaca Lensa] kerana melalui YM malam tadi dapat menunjuk ajar cara nak letak pic saiz besar ni kat blog.
Dah lama juga aku tengok Blogger terutama photograper seperti Aimaness , Ed , dan lain-lain meletakkan hasil shoot mereka di blog. Hairan sungguh macam mana mereka buat. Pagi ni aku cuba buat cuba jaya..
Ed pesan layout kena cukup nanti gambar nampak separuh.. memang pun jadi macam tu, separuh pondok ini sahaja yang nampak pada asalnya , jadi kena ejas2 lagi. Nak usik layout sebelah kanan ni yang menempatkan link2 blogger tak berani, nanti ke laut lak perginya.
Sesuatu yang baik harus dikongsi bersama, supaya ilmu tu makin berkembang dan kekal dalam ingatan.

khemah
















Gambar asal , maksimum saiz (large) melalui cara biasa upload di blog

::10 November - Silalah Gantung Fon Kat Telinga::

Monday, November 9, 2009 · 6 comments

Yang istimewa dan tidaknya 10 Nov.. (siri bercakap dengan jin)
Celcom ke celcom panggilan percuma tetapi 8pax sahaja.
Maxis ke maxis tak kira mana-mana number maxis, panggilan percuma juga!
Digi ?? aku guna pascabayar.. entah apa dia bagi agaknya.

"Tak mahu bercuti ke??"
"emmm..Tidak, aku hendak berkerja. hari Sabtu ni sahaja joli katak hehe."

"Ada makan-makan??"
"Makan-makan, emm boleh hari Sabtu ni juga? Penting ke nak makan special esok? Hari apa pun akan masuk ke dalam perut juga"


::Lama Tak Berkhemah...::

Sunday, November 8, 2009 · 13 comments

TAPAK KHEMAH HUTAN LIPUR KAKI BUKIT LARUT, TAIPING
Tempat yang indah macam ini, tapi mungkin tak secantik tempat Jinggo tu hehe..
Tempat yang indah macam ini, tapi malam nya aku tetap memilih kereta untuk melelapkan mata..


















::Bonus - Mereka Di Bawah Lebih Menghargai::

Thursday, November 5, 2009 · 12 comments

Saban tahun di sektor kerajaan kalau ada bonus kecoh tak dapat bonus pun kecoh juga tak kira lah di perbualan di pejabat mahupun media massa.
Di Sektor swasta senyap saja.. adakalanya bonus mereka 2 bulan ada yang sampai 6 bulan tapi tak lak heboh.. tetapi ada juga di dikalangan rakan-rakan kita di sektor swasta tidak merasa bonus. Bukan semua mereka bernasib baik.

Semasa di putra jaya kemarin ketika bersama seorang kawan yang ada urusan di situ, aku sempat duduk dan berbual dengan seorang anggota keselamatan di salah satu jabatan di situ. Kagum aku dengan anggota keselamatan di situ sama ada polis bantuan dan pengawal keselamatan swasta. Tengah hari terik berada di atas jalan menahan, bertanya arah dan membantu perjalanan pelawat yang berususan. Tidak ada payung atau pondok. Kalau aku tak tau lah mungkin dah lari cari kerja lain. Mereka mungkin tidak, di rumah ada mulut yang perlu disuapkan. Ye lah hidup di kota tinggi kosnya.

Berbalik kepada tajuk, orang yang aku temui ini ramah orangnya, umur mungkin mencecah 50 tapi masih kuat bertenaga berdiri membantu parking kereta-kereta jabatan yang berususan di bangunan tempatnya bertugas, al maklumlah parking terhad. Sikap hormatnya , senyum dan pergerakannya menarik perhatian aku.

Bual punya bual masuk lah hal gaji dan bonus.
Bagi dia bonus ni satu rahmat kepada kakitangan bawahan. Walaupun saguhati RM500 besar rahmatnya pada mereka (dan aku juga) Syukur Alhamdulillah katanya. Dengan duit itu lah dapat mereka balik kampung menjenguk keluarga dan memberi ibu, ayah atau adik sedikit duit belanja. Dengan duit itu juga lah dapat di beri pada anak-anak sama-sama merasa, membeli pakaian untuk hari raya atau sekolah. Dapat makan makanan yang sedap sedikit di pasar-pasar malam atau makanan segera. Mereka ini menjana ekonomi mencairkan apa yang diberi oleh kerajaan.

Katanya lagi.. apa agaknya nilai RM500 tu kepada kakitangan yang lebih tinggi grednya yang berada di gred 48 atau 52 .

Panjang ceritanya.. cukup dahulu setakat itu.

::Jauh Perjalanan Luas Pandangan, Kaki pun Sakit

· 2 comments

Buat orang macam aku, berjalan jauh kadang kala seronok kadang kala memenatkan..
Kalau tak ada aktivi aku lebih suka duduk di rumah sebabnya bila mula je ajakan atau ada aktiviti selalunya lewat malam baru jumpa rumah semula atau mungkin juga keesokan hari.

Baru saja buat entry tak berkesempatan nak ke program foto bersama Burt n the gang, tup tup pergi KL juga aku hari Isnin tu.

Sedikit perbualan dengan orang yang baru dikenali dan beberapa minit pemerhatian terhadap sekeliling membuatkan kita boleh membuat kesimpulan mudah... emmm nanti akan aku kongsikan. Sekarang dah tengah malam, aku baru je sampai rumah sejam tadi,sempat melihat entry2 terbaru rakan-rakan dan menegur dan menjenguk blog rakan yang datang ke sini.

Selamat malam Malaysia..

::Terlepas Peluang - Foto::

Sunday, November 1, 2009 · 7 comments

Pagi ni si Burt dan beberapa lagi fotographer berkumpul dan shoot gambar di Tasik Perdana dan sekitarnya. Terima kasih [BURT] sebab ada juga anda menjemput aku yang baru dalam bidang ni ke acara tu. Peluang keemasan berkumpul macam ni sepatutnya tidak dilepaskan. Ada juga fotographer yang ikut serta tu ada aku link kan ke blog aku ni. Alahai hati berbelah bahagi ooo

Memang hati hendak pergi, tetapi memandangkan ada paper semalam (sabtu) dan berlarutan aktiviti sampai malam, memang tak sempat ke sana. Sempat juga ke pameran dan jualan kamera di Taiping Sentral . Pagi tadi pun bangun macam nak start je kereta terus ke KL, tapi perjalanan pun dah mencecah 4 5 jam pukul berapa nak sampai?

Harap lepas ni dapat lagi ke acara seperti ini, berkumpul sesama blogger yang mempunyai minat yang sama. Boleh lah belajar daripada mereka.

# tak sabar menanti hasil daripada mereka.

::Operasi Mengecat Warna Hitam::

Friday, October 30, 2009 · 2 comments

Malam ni aku agak lapang.. Tak mau fikir berat-berat sangat, dalam hati rasa dah bersedia untuk esok.

Jadi apa lagi, jenguk blog jap, sapu-sapu mop mop sikit. Rasa nak cat hitam la pulak. Blog ni nak ubah apa-apa kena kat HTML dia tu, tu yang aku biol sikit nak tau kod warna tu. Tak apa, cuba jaya. Masalah nya di petak ruang link korang ni ada sikit masalah, tak tau kat mana tempatnya di HTML tu.

Jadi siapa-siapa yang masuk minta maaf la yer kot terkena cat.. almaklumlah cat belum kering lagi :p

Edit pada 31 Oktober :
SETELAH DITELITI DAN PENDAPAT RAKAN, MAKA DENGAN INI DIISTIHARKAN BAHAWA WARNA HITAM TIDAK KELIHATAN, SEKIAN TERIMA KASIH.


::Waktu Solat 5 Waktu ::

BLOG BUNGA ikut update

::Syok Tengok Makan-Makan::

Award Bulan Ini

Award Bulan Ini
drpd: Mawar Berduri

::Anda Dari Mana?::

HELLO

hello
 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh